Maradona meninggal dunia di Bueno Aires

 

Lagenda bola sepak dunia dan Argentina, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Bueno Aires.

Bekas pemain Boca Junior, Napoli dan Barcelona itu sebelum ini telah dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya sebelum dibenarkan pulang pada 11 November lalu.

Agensi berita di negara berkenaan, Clarin mendedahkan bahawa jurulatih yang berusia 60 tahun itu menemui ajal selepas mendapat serangan jantung dan perkara tersebut telah disahkan oleh peguamnya.

Maradona sepanjang kariernya dianggap sebagai seorang pemain yang luar biasa dan salah seorang bintang terbaik di dunia apabila berjaya membantu Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.

Bagaimanapun, dia turut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk penyalahgunaan dadah selain berdepan masalah ketagihan alkohol. 

Sumber : AGENSI

Post a Comment

0 Comments