Ronaldo ledak gol ke-102

 

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo beraksi ketika menewaskan Andorra ketika saingan persahabatan di Stadium Luz, Lisbon, Portugal. - EPA


Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra.

Pemain sayap Wolves, Pedro Neto memberikan gol awal sebelum dua gol Paulinho, masing-masing sebelum dan selepas gol Renato Sanches menjadikan ia 4-0.

Emili Garcia menjaringkan gol sendiri berbaki 14 minit permainan.

Ronaldo dimasukkan pada babak pertama tapi perlu menunggu hingga baki lima minit permainan sebelum penyerang Atletico Madrid, Joao Felix melengkapkan jaringan.

Sumber : AFP


Post a Comment

0 Comments